Monday 21 December 2009

Masuk jawi


Gambar ini tiada kena-mengena dengan penulis. Sebarang persamaan adalah tidak disengajakan.

1985 - umur 8 tahun

"Bapak, along nak bersunat cuti sekolah nie boleh?"
"Tak boleh, along kechik lagi"

Dengar je tak boleh tuh aku meragam dan marah-marah sebab aku nak sangat bersunat masa cuti penggal ketiga. Sebabnya sepupu aku yang sebaya dengan aku akan bersunat.

Akhirnya bapak aku benarkan aku bersunat tahun hadapannya yakni 1986 atau lebih tepatnya bulan November 1986. Yahoo!! Bila dah sunat maknanya dah besar. Dah buleh mengorat budak-budak pompuan kat sekolah. Phewwiittt...

Masuk sekolah darjah 4 dengan bangga sambil kembang hidung aku dok bercerita kat kengkawan kelas yang aku dah bersunat. Diorang semua mana sunat lagi time tuh. Kembang kempis hidung aku bangga.


19 Disember 2009 - Sabtu

Bini aku ajak gi kenduri kat rumah kawan dia. aku ingatkan kenduri kawin, rupa-rupanya kenduri anak dia bersunat. Mak hai, siap pasang khemah apa bagai. beberapa hari sebelum tu jugak mak aku ada dok bercerita ada jiran aku buat kenduri cucu dia bersunat habis sampai 5 ribu. Macam belanja kenduri kawin...

Aku dulu masa bersunat apa pon takde. Duit pon ada lah dapat 3 ringgit je. Itu pon sorang jiran bagi seringgit, sorang lagi 2 ringgit. Itupon dah cukup seronok.

Skang nie aku rasa mau beratus agaknya budak2 skang nie dapat kalau bersunat.

Bagi aku terasa satu pembaziran habis sampai beribu semata-mata untuk kenduri bersunat...

Diorang banyak duit takpe lah...


Friday 11 December 2009

Perfect

Practice makes perfect...
Nobody is perfect...

Why practice?

Kertas Berwajah Agong

Jangan hanya menyokong
Nanti kita dikongkong
Hidup menjadi sombong
Muka hanya layak diponggong

Diri dikejar along
Tersepit di celah lorong
Takde orang nak tolong
Terjun ke dalam lombong

Jangan hanya tau menggonggong
Kertas berwajah agong...

Friday 4 December 2009

Chin Peng durjana!!

Chin Peng...
Mungkin generasi milenium kurang kenal dengan nama nie tapi bagi generasi lama nama nie menimbulkan satu perasaan benci.

Chin Peng - setiausaha agung parti komunis malaya.

Dah berapa ramai orang2 kampung tak kira bangsa yang dah dibunuhnya... askar-askar, polis-polis, pegawai kerajaan, pegawai inggeris, orang awam dan sesiapa sahaja yang menghalang perjuangan mengarut diorang tuh.

Pernah tengok filem Bukit Kepong? Itu adalah satu kisah benar menunjukkan bagaimana kekejaman komunis dibawah pemerintahan Chin Peng.

Sekarang nie dok heboh Chin Peng nak balik Malaysia. Tak tau malu ke cina tua sekor nie? engko dah buat huru-hara dan kacau-bilau kat sini lepas tu sebok nak balik Sitiawan, Perak. Nak jumpa sedare mare kunun. Aku sebagai orang Perak merasa sangat malu bila tau yang Chin Peng nie berasal dari Perak.

Yang paling aku tak sangka ada jugak pemimpin-pemimpin parti politik berbangsa melayu yang setuju supaya chin peng durjana nie dibenarkan balik ke malaysia. itu semua hanya politik murahan yang cuba memancing undi.

Apa perasaan bekas pejuang-pejuang yang pernah menentang komunis dahulu? Mereka yang mati, cedera parah, cacat dan hilang ahli keluarga?

Aku teringat lagi masa aku sekolah rendah sekitar tahun 80an, masa tu masih ada berita yang aku baca di surat khabar tentang pengganas komunis di hutan-hutan terutama yang bersempadan dengan negara thai. Buleh bayangkan tak tahun 80an pon still ada komunis kat dalam hutan nun menentang kerajaan? Apa perjuangan yang diorang cuba carik aku tak tau lah.

Kalau kerajaan benarkan chin peng balik, itu mmg satu kebodohan yang sangat ketara.

P/s: Teringat pelakon drama Zakaria selalu sangat bawak watak ketua komunis hehehe.

Wednesday 2 December 2009

Rezeki di Arab Saudi

Secara rasminya isteriku yang terchenta akan berangkat ke arab saudi buat kali ke 2 pada bulan februari 2010. Buat permulaan nie kontraknya setahun. Sob sob sob... sedih beb.

So anakanda Hannah Maryam secara rasmi akan berada di bawah jagaan mentua aku. Nasib baik dekat je dengan rumah aku, kat area puchong jugak.

Kali nie gaji yang ditawarkan memang agak lumayan. Hampir sekali ganda dari gaji yang masa mula-mula gi kerja kat arab dulu. Rezeki bini aku.

Kali nie aku takkan sia-siakan kepercayaan bini aku pada aku. Aku sayang sangat kat dia dan aku akan balas segala pengorbanan dan jasa dia pada aku selama nie.

Tuesday 1 December 2009

Videoklip Romancesa

Dah lama tak menulis kat blog nie. Hampir 3 bulan. Aku tengah banyak problem so idea nak menulis tu takde. Tapi sekarang nie problem aku dah hampir selesai dan aku pun dah tak kacau bilau sangat macam 2-3 bulan kebelakangan nie so rasa nak menulis semula.

Aku skang tengah gila dengan video. Macam-macam projek ada dalam kepalahotak aku nie. Tapi mostly nak buat short film dgn videoklip la. Cuma short film tu aku dah ada idea tapi tak terbuat-buat lagi sebab takde masa dan equipment.

Tapi insyaAllah bulan Disember nie aku nak buat videoklip untuk band adik aku, Romancesa. Untuk single terbaru diorang, "Ku Ingin". Aku dah plan dah apa benda yang perlu ada dalam videoklip tu dan macam mana perjalanan cerita dia.

So semalam aku pegi jumpa ex-schoolmate aku yang ada production house. Aku bentang idea aku nie pada dia. Sebenarnya aku nak tanya pendapat dia dan nasihat dia tentang projek aku nie. Sekali member sudah interested. Dia setuju nak sponsor equipment janji dengan syarat nama kompeni dia kena ada. Lantak lah pasal nama kompeni tu. Dia nak suruh letak nama dia pon aku letak.

Sapa sangka beb. Aku pegi jumpa dia untuk mendapatkan nasihat pakar tapi dia nak involve sekali. Memang terbaek la!!

So now aku kena mantapkan lagi jalan dan struktur videoklip tu sebelum buat penggambaran, insyaallah dalam bulan disember nie jugak.

Thank you bobex!!

www.myspace.com/romancesa

Monday 7 September 2009

Sebuah kisah buruh binaan Indonesia berbaju kuning di hadapan Balai Polis Taman Putra Perdana

Tadi aku pegi balai Polis Putra Perdana...
Nak mintak cop Ketua Balai untuk sahkan salinan sijil-sijil...
Aku pon parking lah Honda aku kat sebelah balai polis tuh...

Masa nak masuk tuh aku perasan ada sorang mamat Indonesia berbaju kuning berjalan mundar-mandir di hadapan pintu balai sambil usha-usha ke dalam...

"Nie apahal pulak nie?" aku bertanya di dalam hati.

Tapi aku buat derk je lah sebab aku pon nak cepat.
Masuk ke dalam nampak sorang polis wanita tengah duduk kat kaunter.

"Assalamualaikum kakak polis. Saya nak mintak cop sahkan salinan sijil"

Tapi aku kuchiwa sebab Ketua Balai cuti rupanya sebab hari nie kan ke Nuzul Al-Quran...
Takpe lah nak buat macam mana aku pon nak blah la...

Sedang aku keluar tuh aku nampak mamat Indon baju kuning tadi tengah bersembang dengan sorang polis berpakaian preman...

Aku pon berdiri kat situ sambil buat-buat belek-belek sijil. Otomatik telinga aku jadik telinga gajah.

La rupanya mamat indon tuh nak buat report polis bahawasanya ada sorang tokey cina sudah tipu sama dia. Tak bayar gaji dan terus lari.

Hmmm... tiba-tiba aku rasa kesian dengan diorang nie. Datang sini nak carik rezeki halal tapi kena tipu macam tuh...

Thursday 27 August 2009

Kisah balik rumah di waktu Maghrib

Nie kisah tahun 80an masa aku masih sekolah rendah...
Padang bola nie takde lah besar sangat...
Sebenarnya halaman rumah Pak Karim (dah arwah dah) je pon tapi sebab halaman dia luas so kitorang selalu main bola petang-petang kat situ...

Padang nie pulak memang sebelah masjid dan dekat sangat dengan rumah aku...
Kalau dari rumah aku memang boleh nampak budak-budak tengah main bola...

Jadik kalau dah dekat-dekat pukul 7 malam mak atau bapak aku mesti dah jerit dari rumah panggil kitorang adik-beradik balik...

Tapi biasalah budak-budak degil...
Main punya main tiba-tiba dengar orang azan Maghrib...
Baru lah kelam kabut nak balik...

Sampai kat rumah je memang dah tau dah confirm pintu dah kena kunci sebab balik lambat...
Biasanya aku dengan adik-adik aku angah dan abang chik yang selalu kena nie...
Adik-adik yang lain kechik lagi...

Kitorang pon duduk la kat luar tu sambil dok pujuk-pujuk bapak dengan mak agar bukak pintu...

Biasanya last-last mesti akan bukak pintu jugak heheh...
Tapi ada syarat lah untuk masuk rumah...

Kata bapak aku "Nak kena penampor ke nak kena rotan"...

Best betoi soalan objektif yang bapak aku bagi nie....

Thursday 20 August 2009

Burnley 1 Man Utd 0

Aku tak tengok game nie so no komen.

Rasa nak geget kipas pon ada.

Kisah pergi cabut gigi di Klinik Nurul

Semalam bersamaan Rabu 19 Ogos 2009, aku pergi cabut gigi kat Klinik Pergigian Nurul, Bandar Puteri Puchong. Sebenarnya lebih kepada pembedahan kecik sebab gigi geraham bongsu sebelah kanan belah bawah kat dalam mulut aku nie tumbuh secara melintang.

Dah lama dah sebenarnya tapi aku je yang melakukan pengabaian terlampau. Gigi tuh sampai dah rosak dan berlubang, bau dia pulak pehhhh. Kalau nak tangkap ikan tuh aku hanya ngangakan aje mulut aku dalam sungai nescaya semua ikan mati.

Mintak maap la kepada sesiapa yang selama nie sengsara dengan mulut busuk aku.

Masuk-masuk dalam bilik rawatan tuh aku pon duduk. Takkan nak cabut gigi sambil berdiri pulak. Klinik Nurul nie sebab tuan punya dia pompuan, jadik semua doktor yang bertugas kat sini dia panggil suku sakat dia masa jaman-jaman dia study kat UM dulu. Semua pon pompuan.

Doktor aku kali nie nama dia Rasyikin. Aku tau sebab aku nampak name tag dia. Aku pon tak sure sama ada dia nie cun atau tidak sebab aku masuk-masuk je dia dah pakai mask tuh. Tak pasti sama ada untuk mengelakkan jangkitan H1N1 ataupun sebab tak tahan dengan bau busuk mulut aku nie.

Dia pon godek-godek gigi aku dan acara pon bermula. 3 kali dia cucuk ubat kebas. Aku bab cucuk ubat kebas nie yang paling tak gemor... aku pejam mata je start-start dari cucuk ubat kebas tuh... tak sanggup rasanya nak tengok jarum besar yang bakal masuk ke dalam mulut aku... malek noor pon takut macam tuh... Then doktor tuh suruh aku rilek dulu bagi ubat kebas tuh berkesan.

15 minit kemudian, acara yang kedua pon bermula. Dia dah start dah godek-godek lagi. Awal-awal tadi doktor dah bagitau yang aku kena operate so aku ternampak doktor tuh pegang pisau nak belah. Adoi la saiko tol. Maka bermulalah saat-saat untuk memejamkan mata.

Pejam punya pejam punya pejam (nasib baik aku tak tertido), dok layan doktor tuh bercakap dengan nurse dia.

"Apsal susah sangat nie, kat mana pulak yang tersangkut. Nak kena gergaji sikit nie. Mintak chainsaw tuh"

Adoi lah doktor lenkali guna je lah bahasa isyarat ataupon bercakap dalam bahasa Nepal, konporm aku tak paham. Nie aku dah tau apa doktor nak buat, bertambah ngeri aku.

Yang aku tau aku dengar bunyi gergaji tuh tengah mengerat gigi aku sebab nak bagi mudah kan keluar. Then dia cuba lagi nak tarik, masih tak lepas. Gergaji lagi. Mengikut perkiraan aku, ada lah 12 kali gergaji tuh masuk dalam mulut aku.

Akhirnya selepas hampir sejam kat dalam tuh, gigi aku berjaya dikeluarkan. Lega betoi aku.

"Lepas nie saya nak jahit pulak"

Monday 10 August 2009

Kisah budak kechik di depan pagar rumah pak mentua aku

Tengah aku dok sedap melayan TV di suatu petang ahad yang redup dan damai, tiba-tiba aku nampak 2-3 orang budak kechik depan pagar rumah pak mentua aku sambil terintai-intai ke dalam.

Aku dengan perasaan ingin tahu pon keluar tanpa memakai baju sambil menayangkan bulu dada dan jugak perut boroiku serta tidak lupe membuat muke bengis.

"Kenapa ni?"

"Tu bola rounders kitorang termasuk dalam pagar"

Aku pon usha sekeliling dan nampak sebijik bola rounders yang dibuat daripada plastik yang dah dibungkus-bungkus dan dililit dengan selotep.

Dengan rasa bangga sebab dapat tolong dan hidung kembang aku pon ambik bola tuh dan pass ke budak kechik tadi tuh.

"Terima kasih pak cik".

Kechiknya hati aku dengar.

Esoknya keluar berita ada seorang budak kechik dijumpai tergantung di atas pokok petai.

Monday 3 August 2009

Tak berbaloi-baloi!!

Kechewa betoi dengan konsert Search. Terasa penantian aku selama 5 tahun untuk tengok balik konsert Search tak berbaloi-baloi.

Sia-sia je aku berhimpit-himpit bertolak-tolak nak masuk ke dalam tapi dikecewakan oleh persembahan yang hampeh.

Sound system paling hancur. Ada ke patut masa opening song 2-3 baris pertama tak dengar sebab diorang lupa nak on suis mikropon agaknya. Dah la Amy nyanyi lagu yang tak ramai orang tau. Aku pon takleh nak recall Amy nyanyi lagu apa. Bunyi gitar pon tenggelam timbul.

Nasib baik lagu kedua pengubat duka. Balada Pemuzik Jalanan. Memang aku singalong terbaekk punya. Tapi towards the end tiba-tiba black out. Apa ke jadah konsert leh black out. Memang potong mood aku yang tengah melompat-melompat terkinja-kinja sambil menyanyi beramai-ramai. Buang masa betoi la. Dah la start lambat pukul 9.40 malam. Sound system hancur, sekali leh black out. Aku rasa dekat 20 minit jugak kot.

Pemilihan lagu pon fail. Banyak gila lagu-lagu yang aku harapkan ada tapi diorang tak nyanyi. Mentari merah di ufuk timur, rozana, kejora, cinta sepi, meniti titian usang, bencana, derap komando, semua takde.

Bagi aku, lagu-lagu album baru tak payah nyanyi la. Nyanyi dari 4 album pertama je pon dah cukup terbaik. Dah cukup bagus. Album-album selepas tuh selit 2-3 lagu ok lah. Nie banyak jugak la kalau tak salah aku.

Kuchiwa!!

Monday 27 July 2009

Man Utd vs Search

Kuchiwa sungguh aku tak dapat pegi tengok Malaysia XI vs Manchester United bebaru nie. Last aku tengok masa diorang datang 2001 dulu yang Malaysia kalah 0 - 6.

Bukan sengaja tak nak pergi tapi aku tengah sengkek waaaaa. Banyak guna duit lately nie.

Kena pilih antara Man Utd punya game ataupun Konsert Search 1 Ogos nanti. Kena sacrifice salah satu. Since aku dah pernah tengok game Man U dulu dan jugak ini konsert terakhir Search sebelum diorang bawak haluan masing-masing, so my choice is really obvious.

Berbaloi-baloi bak kata Amy.


Walaupun hati aku memang panas je tak dapat pegi tengok game Man U, tapi hati aku akan lagi panas kalau takde duit nak pegi Konsert Search kalau duit tiket untuk Search aku dah guna untuk beli tiket Man U.

Tiket Search dah beli dah yang RM75 punya. Tapi tak amik lagi dari kawan aku. Kalau dah amik nescaya aku akan letak gambar tiket tuh kat sini.

Phewiiitttttttttt!!



Sunday 26 July 2009

Yasmin Ahmad

Yasmin Ahmad dah meninggal dunia.
Aku memang tak pernah jumpa dengan arwah secara personal tapi aku suka sangat tengok filem-filem dia...
Semua filem dia aku layan kat wayang.... kecuali Muallaf yang di banned di Malaysia...

Aku suka dengan filem-filem dia...
Aku suka dengan sinematografi filem-filem dia...
Aku suka dengan tema masyarakat berbilang kaum yang cuba dibawakan walaupun bagi aku itu tidak wujud di Malaysia... atau masih belum wujud.

Kita rakyat Malaysia semua ditakjubkan dengan kehebatan iklan-iklan Petronas yang mana arwah merupakan nadi dan tulang belakang iklan-iklan tu...

Arwah akan dirindui selalu...

Al-fatihah untukmu Yasmin ahmad

Saturday 25 July 2009

STAR Old Boy Weekend 2014


Ada lagi lebih kurang 4 tahun lebih lagi sebelum batch aku menganjurkan Minggu Bekas-bekas Pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Secara tradisinya, setiap batch akan organise Old Boy Weekend selepas 20 tahun keluar dari sekolah.

Batch aku Form 5 tahun 1994, so campur tolak darab bahagi, 20 tahun kemudian ialah pada 2014.

Secara jujurnya aku memang tak sabar nak tunggu 2014. Sebab aku memang suka kalau bab-bab organize majlis-majlis nie. Adalah beberapa majlis jugak yang aku jadik ketua organizer dan alhamdulillah semuanya berjaya. Sebab bila dah minat kita akan automatically committed.

Jadik kitorang hanya ada masa kurang dari 5 tahun untuk kumpulkan bajet sebanyak at least RM50, 000. Kalau ikut logik akal dan penaakulan mantik otak aku nie, target tuh insyaAllah buleh tercapai.

Apa yang perlu skang nie ialah team organizer yang kuat.

Personal target aku nak pergi Old Boy Weekend tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013 dan seterusnya sampai bila-bila selagi aku ada masa, tenaga dan kemampuan. Sejak tinggalkan STAR, baru 2 kali aku jejakkan kaki ke sana. 1st masa amik result SPM, yang 2nd masa melawat adik aku study Matrik USM kat STAR. Tu pon tahun 1996. The best part adik aku pon mewarisi nama KREK wakakak.

Secara matematiknya : 2009 - 1996 = 13 tahun. Pehhh bapak lama. Kalau ada anak dah masuk form 1.

Pergi OBW 2010 sampai OBW 2013 nak tengok macam mana suasana secara 1st hand. Bukan hanya dari bacaan atau dok dengar-dengar cerita budak-budak je.

Aku ingat nak volunteer untuk main band. Boleh ajak chunut dengan mat chap sekali. Aku siap dah pikir nak main lagu apa nanti hahahah. Gila advance. Takpe leh praktis awal-awal huhu.

"Esok saya nak awak datang sekolah pakai baju melayu lengkap dengan tengkolok".

Friday 17 July 2009

50 sen, kuih dan seringgit

"Jom lah kita turun pergi kantin minum petang", aku ajak bini aku.

"Jom, saya pon lapar nie", balas bini aku sambil bangun dan mengambil beg yang terletak di atas meja berhampiran dengan sinki.


"Bye bye Hannah sayang. Mummy dengan walid nak pergi kantin sekejap", bini aku bagitau anak sulung aku Hannah Maryam yang sedang terbaring kat dalam inkubator.

Kitorang pun berjalan menuju ke lif dan turun ke tingkat LG.

"Saya nak kencing sekejap nie yang. Awak tunggu kat luar", pesan aku.

3 minit kemudian, "Mana pulak bini aku nie, masuk tandas jugak kot", aku berkata di dalam hati.


Sedang aku dok asyik melayan burung2 yang berterbangan di dalam sangkar dan jugak ikan-ikan karp yang sedang berenang-renang tu tiba-tiba,

"Assalamualaikum encik."

"Waalaikumussalam", balas aku sambil memandang ke belakang dan melihat seorang lelaki yang agak-agak aku berumur lewat 30 an sambil membawa sebuah beg balik kampung di bahu kanan.

"Macam nie encik, saya nie pesakit HIV. Kerja apa semua takde. Jadi saya sebenarnya nak mintak tolong encik beli kuih seringgit kat kantin. Saya lapar sangat nie" kata lelaki tu sambil menghulurkan sekeping syiling 50 sen di tangan kanannya.

"Kalau encik tak percaya ingat saya nak tipu encik takpe, encik yang pegi beli. Encik ambil la duit saya ni dan tambah untuk cukupkan seringgit"

Fuhhh... aku rasa tersentuh betoi. Sebab dia mintak tolong aku beli kuih seringgit sahaja dan dalam masa yang sama dia bagi lagi satu-satunya duit yang dia ada sebanyak 50 sen untuk mencukupkan seringgit.

Seumur hidup aku ini lah pertama kali aku jumpa orang yang mintak tolong (erti kata lain mintak sedekah) yang memang betoi-betoi ikhlas sebab lapar dan betoi-betoi takde duit.

Aku pon bukak wallet aku dan bagi lah sumbangan sedikit yang cukup lah untuk 2 kali makan berat.

Sedih aku sekejap bila memikirkan brader tu. Aku tengok kat kantin mmg dia beli kuih seringgit je dan air kotak yang paling murah.

"Hanya tuhan je yang boleh balas jasa baik encik", kata brader tu sambil beredar dari kantin.


Sunday 12 July 2009

Tugasan

2 - 3 minggu kebelakangan nie sibuk sangat. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan tugasan. Maklumlah murid tua di sebuah universiti yang terbuka.

Dulu-dulu pertengahan tahun 90an dah dapat peluang belajar peringkat ijazah tak nak belajar betoi-betoi. Banyak main-main. Belajar pon kat Universiti Tendang Menendang. Hambik engko kena tendang.

Selepas 13 tahun kena tendang, otak pon dah agak berkarat sbb tak letak minyak, nafsu nak sambung belajar tuh datang semula. Nasib baik ada universtiti yang terbuka nie.

"Assignment saya hantar minggu depan boleh puan?"

Saturday 27 June 2009

Al fatihah untuk Ijan

Khamis 25 Jun 2009

Sms dari budak opis:

Salam. Ijan meninggal pg td kol 7.30 kt spital klang. Heart attack. Al fatihah.

Innalillahiwainna ilaihirajiun...

Tergamam aku sekejap. Aku call si penghantar sms budak opis aku utk confirmation.
Fuhh tak ku sangka ijan dari unix team dah meninggal dunia meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak serta seorang yang masih lagi dalam kandungan. Umur tahun nie, 35 tahun.

Masih terngiang-ngiang kat telinga aku lawak-lawak dia dan suara dia dok mengutuk aku.

"Nie hah model Yun Nam Hair Care Centre"

Ijan, kitorang kat opis nie dah mula merindui engko...

Al Fatihah

Saturday 13 June 2009

Bercinta zaman dolu-dolu

Teringat zaman-zaman sebelum ada handphone dan internet....Heheheheh bebudak sekarang nie dah mewah dgn handphone dan internet..sms, email, friendster, myspace, forum....

Dulu-dulu bercinta main tulis-tulis surat..... ahaks best gila.....mcm bahasa yang keluor....silap tulis, koyak buang...mcm tu lah sampai 5 - 6 helai baru dapat bahasa yang best...kalau yang tahap kronik tuh letak bedak dalam sampul surat pastuh kalau pos hari nie esok dah jengah peti surat mengharapkan surat balasan dah sampai apa lah punya bongok kan padahal dah tau surat tuh ntah still on the way ke rumah si dia...

Hari2 dok jenguk peti surat....lambat skek mula lah dah tak sedap hati...mana nie tak sampai-sampai lagi surat balasan....gambor pon pos dlm surat...skang nie attach je kat emel hehehe

nak bergayut pulak kena gi public phone....sanggup pi kumpul duit syiling banyak ....biar poket berat takpe janji malam karang buleh gayut lama-lama :D pastuh carik public phone yang jauh dari orang....lagi gelap lagi bagus... hahahaha

Pastuh sambil gayut tangan tekan '*' dan '#' serentak...kengkunun buleh bagi lama skek bercakap tuh ntah mana punya dakyah lah tuh time tuh buleh jer hidup tanpa handphone dan internet....takde masalah langsung....tapi sekarang nie???hehehehe

Tuesday 9 June 2009

Gig pertama aku


Tit tit... bunyi sms henpon aku...

"Along, nanti along boleh main bass tak hari ahad ni"

Terkesima aku sekejap. Adik aku mintak tolong aku main bass untuk band dia Romancesa. Aku pon dengan sepantas B-man (Citer The A-Team) terus call adik aku menyatakan persetujuan. Fuhh bukan senang nak dapat peluang mcm nie. Reason dia sebab bassist band dia (adik aku jugak) takde sebab balik kampung ada cousin kitorang kahwin. Aku tak balik sebab bini aku still dalam pantang masa tuh.
Punyalah lama aku mengidam nak main gig. Aku mula terjebak dengan arena underground pada tahun 1993 ketika aku form 4 dan bersekolah di Ipoh. Masa tuh jugak lah aku belajar main gitar dengan kawan-kawan.
First gig yang aku pegi tahun 1997 kat Actor's Studio bawah Dataran Merdeka. Yang aku ingat ada band 18 SGG. Band lain aku dah lup huhu. Sejak dari tuh aku rasa teringin nak main gig. Pegi layan gig dah berpuluh-puluh kali aku memogokan diri. Main je tak pernah.
Sehingga lah Ahad 31 Mei 2009 itu hari impian aku menjadi kenyataan. Dapat main sekali seumur hidup pon dah ok sangat dah. Tak mintak lebih pon. 12 tahun aku menyimpan cita-cita tuh. Walaupon bukan dengan band sendiri (band aku nama Pancaragam tapi dah RIP, tak sempat main gig pon kecuali majlis jamuan hari raya heheh, itu pon akustik) tapi takpe lah sebab at least dengan band adik-adik aku. Adik-adik aku semuanya aku yang ajar main gitar.

Band Romancesa nie ada adik-adik aku seramai 3 orang. Gitar, bass dan drum. Penyanyi dengan keyboard je orang lain. Laman web diorang http://www.myspace.com/romancesa

Aku lega sebab salah satu cita-cita aku dah termakbul iaitu main gig. Walaupon bukan posisi utama aku dan hanya main bass (aku main gitar), tapi itu pon dah membuatkan aku rasa seronok tak terhingga.

Tapi ada sikit tak best lah sebab cinta hati aku tak dapat nak tengok gig pertama laki dia nie disebabkan cinta hati aku tengah dalam pantang kat rumah. Tapi aku rasa lepas nie aku akan dapat peluang lagi kot sebab performance aku memberangsangkan la hehehe. Aku nak bini aku tengok aku perform huhu.


Monday 8 June 2009

Makcik yang takde disiplin

Hmmm kalau dah nama manusia yang tak de disiplin, tua ke, muda ke, laki ke, pompuan ke sama je...

Aku tengah beratur elok-elok nak ambik makanan sekali buleh selamba je makcik nie potong que dan terus senduk nasik... kalau sorang leh tahan la lagi nie sampai 3 orang berganti-ganti...

Disebabkan makcik tuh tua dan aku kat kenduri kawen kat dalam dewan yang agak grand, jadik aku pong pendamkan ajer lah hasrat di hati ku ini...

Tapi kat dalam hati mmg 8 bakul jugak lah sumpah seranah aku...
Pastuh yang makin aku geram buat muka tak bersalah macam takde apa yang jadik...
Aku pon apa lagi melepaskan kegeraman aku dgn mengambil ayam masak merah sebanyak 4 ketoi... kui kui kui

Sunday 7 June 2009

Batuk

Batukku dah seminggu...
Rasa kat tekak aku ada bulu...
Kalau boleh nak masuk tangan nak garu...