Thursday 22 April 2010

Happy birthday Hannah Maryam!!

Semalam 21 April ialah harijadi pertama anak kesayangan ku yang bernama Hannah Maryam.
Sekejap je setahun berlalu...
Tapi sambutan harijadi ditangguhkan sebab mummy takde kat sini...
Tunggu mummy balik raya nanti...

Walid loves Mummy and Hannah...

Tuesday 20 April 2010

Mencari kutu di atas bukit...

Dah lama sangat aku tak trekking. 2 tahun lebih jugak lah. Ahad lepas 18 April 2010, aku ke Bukit Kutu bersama tenuk-tenuk RMDC.

Memang seronok sebab dah lama tak masuk hutan. Walaupun kaki aku mmg sakit sebab dah lama tak trekking, tapi what the heck!! Dapat masuk hutan dan memanjat nie pon dah cukup bersyukur. Sakit ke tak sakit kaki ke, itu perkara selepas dah turun nanti hehehe.

Mula mendaki pukul 10.30 pagi dan sampai puncak dalam pukul 2 petang. Turun pukul 4 petang dan aku orang terakhir sampai dalam pukul 6 petang.

Balik tu singgah makan kat Batang Kali. Balik umah terus tido,. Ngantuk gila.

Thanks utk semua!!

Tuesday 6 April 2010

Isnin - 5 April 2010

Hari nie bini aku ke arab saudi buat kali kedua.
1st time pegi tahun 2007 dulu takde anak lagi.
Tapi pergi kali nie kitorang dah ada Hannah Maryam.

Aku mmg sedih dan terasa kehilangan dia sebab kebelakangan nie hubungan aku dengan bini aku mmg agak rapat dan mesra gila.
Dah lama kitorang tak macam nie lepas satu kes hitam yang berlaku disebabkan kebodohan aku.

Tadi kat airport buleh bergenang jugak lah air mata aku...
Satu keadaan yang tak aku alami masa dia 1st time nak pergi.

Masa 1st time dia nak pergi dulu aku akui mmg ada rasa teruja dan seronok sebab nak kembali bujang tapi kali nie dah takde perasaan tu sebab dulu aku ditinggalkan keseorangan, tapi kali nie aku ditinggalkan berdua.

Me and Hannah Maryam.

Buat masa nie Hannah akan tinggal dengan mak mentua aku dulu tapi aku akan jenguk dia kalau buleh setiap hari.

Jam skang 2.10 pagi. Mija dijangka sampai untuk transit ke Dammam di Abu Dhabi pukoi 2 pagi sini. Tengah tunggu dia call nie. Aku dah pesan sampai Abu Dhabi call tak kira pukoi berapa pon.

Miss her already...