Friday 25 June 2010

England!!

Kesian kat penyokong France dan Itali. Finalist World Cup 2006 tak dapat masuk 2nd round. Walaupun dibenci ramai, England berjaya gak masuk 2nd round. Menang atau kalah itu kemudian punya cerita. Yang penting lepas group stage.

Saturday 12 June 2010

Piala Dunia 2010

Ambik dari Malay Mail Jumaat 11 Jun 2010.
--------------------------


1. Pasukan dari Eropah telah memenangi Piala Dunia sebanyak 9 kali dan pasukan dari Amerika Selatan juga telah memenangi sebanyak 9 kali. Tetapi pasukan Eropah hanya berjaya memenangi Piala Dunia jika ia berlangsung di benua Eropah. Pasukan dari Amerika Selatan sahaja yang berjaya memenangi Piala Dunia di tempat lain.

2. Sejak Piala Dunia 1962, pasukan Amerika Selatan dan Eropah bergilir-gilir memenangi Piala Dunia.

Amerika Selatan : 1962, 1970, 1978, 1986, 1994 dan 2002.
Eropah : 1966, 1974, 1982, 1990, 1998 dan 2006.

Kalau ikut pusingan tahun ini bermakna kemungkinan besar pasukan dari Amerika Selatan yang akan memenangi Piala Dunia 2010.

3. Sejak 1982, hanya 5 pasukan sahaja yang berjaya mara ke perlawanan akhir.

Germany - 1982, 1986, 1990, 2002
Brazil - 1994, 1998, 2002
Italy - 1982, 1994, 2006
Argentina - 1986, 1990
France - 1998, 2006

Negara lain yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir ialah:
Uruguay - Juara 1930, 1950
England - Juara 1966
Czechoslovakia - Naib johan 1934, 1962
Hungary - Naib johan 1938, 1954
Sweden - Naib johan 1958
Holland - Naib johan 1974, 1978

4. Sejak Piala Dunia 1950, hanya 2 negara yang pasti akan ke perlawanan akhir.

1950 - Brazil Naib Juara
1954 - Germany Juara
1958 - Brazil Juara
1962 - Brazil Juara
1966 - Germany Naib Juara
1970 - Brazil Juara
1974 - Germany Juara
1982 - Germany Naib Juara
1986 - Germany Naib Juara
1990 - Germany Juara
1994 - Brazil Juara
1998 - Brazil Naib Juara
2002 - Brazil Juara mengalahkan Germany

Hanya final 1978 dan 2006 sahaja yang merupakan tahun di mana Brazil dan Germany tidak berjaya melangkah ke final.

Tapi cuba perhatikan 1978 ialah 28 tahun selepas 1950 manakala 2006 ialah 28 tahun selepas 1978. Boleh dikatakan, setiap 28 tahun, Brazil dan Germany kasik can team lain la masuk final hehehe.

Jadi untuk final 2010 nie, kita boleh jangkakan salah satu daripada Brazil atau Germany akan melangkah ke final, tak mustahil kalau ikut kiraan di atas.


Jadi kalau kita meneka mengikut fakta sejarah, maka kemungkinan besar Juara Piala Dunia 2010 ialah Brazil.