Monday 5 October 2020

Selangor dan masalah air

Selangor dan masalah pencemaran air memang tak dapat dipisahkan. Hari ni Empangan Semenyih pulak. Berapa ribu rumah bakal terkesan ni termasuk perumahan aku. 

Lepas tu sibuk lagi nak menyahwartaan 930.93 hektar dari 957.63 hektar Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) bagi tujuan pembangunan bercampur. Hutan simpan ni dah la kawasan tadahan air. Semua hutan nak ditebang.

Bagi selesaikan masalah air dulu la. Nama je negeri paling maju kat Malaysia, tapi masalah air tak sudah-sudah.

Nak berak pulak dah nie.


Saturday 3 October 2020

Tidur di puncak gunung


Gunung Yong Yap

Pertama kali aku sampai bersama group KembaraHutanGunung (KHG) pada tahun 2001. The legendary Ah Hee powil hantar kitorang dari Lasah sampai ke pondok 2, yang dekat kebun tu. Jadi memang tak payah menapak jauh dari Kuala Mu. Jimat masa dan tenaga. Tido puncak.

3 trip aku ke Yong Yap yang seterusnya pun semua target tido puncak. Trip kedua masih naik dari Kuala Mu sebab trek Rengil belum komersial. Tapi masa trip kedua aku tak dapat naik puncak sebab jaga budak sakit. Kitorang tido kat satu kawasan lapang belah2 bawah lagi. Aku, dak amoi dan budak yang sakit tu stay kat sini. Yang lain2 teruskan perjalanan ke puncak. Masa trip kedua ni menapak dari Kuala Mu, layan Bukit Taring dan seterusnya trek balak sebelum sampai ke pondok 2. Powil dah tak buleh hantar sebab ada tanah runtuh kat trek balak. Trip ketiga masih dari Kuala Mu dan tido puncak. Trip keempat April 2019, pertama kali aku guna laluan Sungai Rengil. Bersama dengan sahabat-sahabat lama pergunungan. Malam pertama tido Kem Agas. Malam kedua baru tido puncak.


September 2019. Trip kelima ke Yong Yap. Aku follow open trip kali nie. Cuma yang berbezanya ialah dalam itenerary tak target tido puncak. Tido di Kem Agas, pukul 2 pagi shoot ke puncak, then turun balik ke Kem Agas, packing dan terus keluar. Jujurnya, aku terasa rushing. Tapi satu pengalaman baru untuk aku. Memang dalam 3-4 tahun kebelakangan ini trip compress dan trip daypack menjadi pilihan ramai. YYBTN pon buat daypack, ajer giler chor!!! Yong Belar dan Yong Yap daypack tu macam setiap minggu pon ada. Kome memang handei!! Tapi kita kena raikan perbezaan pendapat secara matang. Lain padang lain belalang. Deme mampu buat macam tu,jadi teruskan je lah apa yang deme fikirkan terbaik untuk deme.


Sebenornya aku rasa aku buleh kalau nak buat, tenaga aku masih mampu dengan syarat aku wajib training. Cuma aku nie sedikit ada pemikiran old school. Aku suka trip aku ni konvensional. Semua orang nak sampai puncak. Memang itulah tujuan mendaki gunung pon. Cara je berbeza. Tapi aku kena akui yang bukan semua gunung sesuai untuk tido puncak. Tapi kalau ada pilihan untuk tido puncak, aku akan pilih tido puncak.


Bagi yang tak pernah tido dalam hutan apatah lagi tido puncak, try lah at least sekali. Rasa feel tido dalam hutan, rasa sendiri sejuk tido kat puncak tu macam mana. Rasa sendiri beratnya beg sebab bawak air yang banyak ke puncak. Rasa sendiri tak payah trekking awal-awal pagi naik ke puncak sebab nak kejar sunrise. At least merasa sekali seumur hidup pon cukuplah. Sebab bagi aku, kalau korang rasa korang pendaki gunung, tapi tak pernah tido puncak ataupon at least kawasan tinggi, memang satu kerugian. Pengalaman tu kena bagi ada untuk cerita kat anak cucu.


Takut sejuk? 
Banyak cara untuk kurangkan sejuk. 

Sakit bahu sebab beg berat bawak banyak ration dan air? 
Training, training, training.


Akhir kata, tua ke muda ke, yang paling penting kita kena hormat-menghormati. Ringankanlah mulut untuk bertegur sapa kalau jumpa dalam hutan. Tua jangan disangka bapak. Muda jangan disangka anak. Tak semestinya tua ni betoi. Tak semestinya muda tu salah. Raikan perbezaan pendapat secara matang. Yang tua nie pernah muda. Yang muda pon akan jadi tua. Kitaran hidup. Pengakhirannya dalam tanah jugakkan.


Satu ayat mantra dulu kala : APA BARANG TAK TIDUR PUNCAK!!

Terima kasih kerana sudi membaca. Dari pendaki untuk pendaki

Monday 12 March 2018

Kisah reformasi 1998



Kisah reformasi 1998

Sedang sibuk melayan album-album lama mencari gambar-gambar yang aku nak scan terjumpa pulak gambar zaman reformasi ni. Tahun 1998. Tahun di mana Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Dah 20 tahun kisah ni. Nak-nak PRU pon dah makin dekat ni kan.

Masa ni aku kerja kerani bank di Jalan Raja Laut. Aku bukanlah terlalu politik sangat orangnya. Tapi masa ni umur aku baru 21 tahun. Umur yang mana kebanyakan anak-anak muda rasa ingin memberontak dan anti establishment. Aku seperti ramai rakyat Malaysia yang lain merasakan pemecatan DSAI adalah sangat tidak wajar dan mustahil.

Boleh dikatakan setiap hari Sabtu akan ada orang berkumpul untuk tunjuk perasaan di hadapan Sogo menghala ke Dataran Merdeka. Bank kerja half day. Jadi setiap kali habis kerja aku akan lepak depan Sogo turun padang melaungkan beramai-ramai:

Reformasi!
Reformasi!
Reformasi!

Banyak kisah masa zaman reformasi ni. Tapi dua kisah ni yang paling aku teringat walaupon ada sikit-sikit terlupa. Ye lah kisah 20 tahun lepas. Faktor umur menyebabkan sel-sel otak yang simpan kenangan tahun tu dah kurang berhubung.

Kisah pertama
Kalau tak silap aku masa hari DSAI dihadapkan ke mahkamah. Masa lunch hour, ramai gila pekerja-pekerja sekitar Jalan Raja Laut dan Jalan TAR jalan kaki beramai-ramai ke bangunan mahkamah Bangunan Sultan Abdul Samad tu. Tapi ada FRU dah tunggu dengan trak dan meriam air kat hujung bangunan mahkamah tu. Kitorang tersekat tak dapat nak ke depan mahkamah.

Memula macam biasalah kitorang diminta bersurai guna pembesar suara. Tapi tak jadi apa. Lepas amaran demi amaran last-last FRU baling bom asap dan pancut air. Lepas tu FRU kejar. Pehhh bertempiaran lari. Memang lawak jugak lah masa lari ni. Aku tengok sekurang-kurang 3-4 kasut kerja tercabut. Tuan dia pon takde masa nak berhenti ambik balik. Semua takut kena pukoi dengan FRU hahaha.

Sampai depan KWSP, pak guard panggil masuk menyorok dalam tu. Fuh ramai rupanya manusia kat dalam ni. Semua gelak-gelak je pulak tu . Bila dah rasa reda kitorang pon balik ofis masing-masing. Sudahnya lunch hour aku hari tu makan roti je .

Kisah kedua
Aku dapat tau akan ada perarakan dari Pasar Seni menuju ke Bukit Bintang. Yang jadi ketua masa ni adalah Hishamudin Rais. Selepas ucapan berkobar-kobar kitorang berarak menuju ke Bukit Bintang lalu kot Jalan Pudu. Sampai depan Magnum kot rasa semua tetiba berhenti. Rupanya trak FRU dah sekat jalan dengan anggota FRU semua tengah bersusun je depan trak. Macam biasalah segala makian keluar untuk FRU.

Amaran untuk bersurai dikeluarkan dahulu beberapa kali. Kemudian dengar bunyi FRU ketuk perisai dengan kayu cota diorang tu. Fuh gerun gila dengar sebab kawasan situ tak berapa nak terbuka jadi bunyi ketukan tu macam bergema. Kemudian perlahan-lahan diorang jalan sambil masih mengetuk perisai. Aku dah cuak jugak masa ni tapi masih kekal tak berganjak.

Tiba-tiba diorang berlari nak serang. Perasaan takut tok sah cerita la. Memang ada satu pagar tu selamba je aku panjat dah macam atlit parkour. Aku pon tak tau aku ikut lorong mana. Tau-tau aku keluar kat Hotel Istana. Gelak beramai-ramai lepas tu. Kalau lah kena tangkap memang lumat kena pukoi. Itu lah kali terakhir aku join aktiviti reformasi. Lagipon setiap minggu bapak aku pesan jangan terlibat dengan reformasi . Kali ni aku dengar cakap bapak aku.

Lepas tu aku dah tak pernah join langsung dah apa-apa. Cukuplah kenangan zaman reformasi tahun 1998 dulu. Sekarang ni semua kat kertas undi je lah. Pilihlah yang mana kita rasa betoi untuk kita dan yang boleh memimpin Tanah Tumpahnya Darah Kita ini supaya menjadi semakin maju dan rakyat semua hidup senang dan bahagia.

Memetik kata-kata DSAI,
“ Kalau takut dengan risiko, usah bicara tentang perjuangan”


Terima kasih kerana sudi membaca

Bett

Wednesday 10 February 2016

Aku dan lagenda ikan toman



Masa tingkatan 1 dan 2, aku belajar dan tinggal di asrama Sek.Men.Sultan Idris Shah 2, Gerik, Perak. Kat sinilah aku kenal dengan kawan-kawan yang memang orang Gerik dan ada juga yang dari Kg Ganda Temengor. Dari diorang nie lah aku mula dengar cerita berkenaan ikan toman besar tong drum, kisah ikan toman makan anak orang asli, kisah ikan toman sambar askar yang tengah ambik wuduk, kisah ikan toman besar kayu balak timbul kat tengah empangan, macam-macam cerita yang aku dengar. Aku tak pasti sama ada cerita nie semua sekadar khabar angin ataupon betoi. Bermulalah kisah lagenda ikan toman yang sentiasa dok bermain dalam fikiran aku setiap kali nampak tasik besar especially tasik empangan.

Fast forward to 1995. Trip ke Gunung Ulu Sepat. Naik bot dari Jeti Trojen menuju ke Pos Kemar. Bot kena lalu Tasik Temengor. Dengan takde life jacket nya, bot pulak dok lalu celah-celah pucuk pokok yang timbul di permukaan air, ada pulak kawan aku selamba je letak tangan dalam air, aku sumpah tak senang duduk sebab dok teringatkan ikan toman besar tong drum dan besar kayu balak kat dalam tasik tu. Terbayangkan bot buleh terbalik bila-bila masa lepas dan tu toman datang serang ala-ala ikan jerung hahaha. Punyalah takut aku dengan ikan toman waktu tu. Tapi alhamdulillah tak de apa pon.

Pada cuti Hari Wilayah yang lepas, aku dan kawan-kawan berkayak di tasik yang aku dok takut selama nie menuju ke Sungai Papan, Royal Belum. Perasaan takut kat ikan toman besar tong drum tu dah lama hilang. Tapi aku percaya memang wujud ikan toman sebesar tu, tak mustahil langsung. Cuma takpe lah aku tak de rasa nak terserempak pon. Aku rasa seram tengok ikan besar-besar nie terutama ikan sungai. Ye lah aku pon bukannya pemancing. Lagipon kita tak payahlah takut sangat dengan perkara yang kita tak tau hujung pangkal dan kebenarannya. Dalam dok pernah takut kat ikan toman, pertama kali jugak aku makan ikan toman huhu. Kawan aku dapat pancing. Sedap weh. Padan muka ko toman!!

Akhir kata, melanconglah juga di dalam negara sendiri.

P/S : Gambar sekadar hiasan. Itu bukan ikan toman. Tu gambar bajet kiut bila buat tanda peace.

Terima kasih sebab sudi membaca.

Bett

Tuesday 11 November 2014

Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia - Okt 2014


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah akan kamu dustakan?
-surah ar-rahman-
Gunung Rinjani : 3726 meter

Bersama geng-geng Sembang Bawah Fly ke Gunung Rinjani.
1. Kuzi Arnab Berempah
2. Fadzli Bin Bakri
3. Jimi Hero
4. Cham Choon
5. Jenal Othman
6. Haidar Zaini
7. En Idan - Adik
8. Arif Bin Azmi
9. Bunyamin Butang
10. Hidayah Ishak
11. Zul Hilmi Hamdun


Aku tak pernah terfikir pon akan mendaki di luar negara walaupon hanya di Indonesia. Tapi semakin lama bila umur dah makin meningkat nie, trip gunung kat Malaysia pon dah kurang pergi, maka teringin jugak nak merasa kelainan mendaki di tempat lain, iklim yang lain, bentuk muka bumi yang berbeza. Jadi bila dok sembang-sembang kosong dalam whatsapp grup Sembang Bawah Fly, ramai pulak nak pergi rinjani. Maka ngai bertindak selaku organiser dan mula mengumpul info. Sebaik sahaja tarikh dah confirm, pencarian tiket pon bermula. Nasib baik Air Asia sekarang nie terbang ke Lombok. Dulu kalau nak ke Rinjani terpaksa mendarat di Bali dan menaiki bot ke Lombok. Mula-mula ada 16 orang yang akan pergi, tapi bila dah makin hampir ke tarikh trip, 5 orang terpaksa menarik diri.


Abe Zaidi
Effa Basri
Peja Ghazali
Azlishah
Ruzaimy Sany
Maka tinggal 11 orang sahaja.


23 Oktober 2014 – Khamis
Flight pagi ke Lombok. Haidar ke Lombok dari Bali menaiki bot. Adik Idan dan Arip pulak naik flight dari JB. Tempat berkumpul di Airport Bandar Udara (Bandara). Sampai di airport, perkara pertama yang dicari ialah sim kad Indonesia. Senang nak update keluarga di Malaysia lah kononnya padahal nak upload gambar kat facebook. Waktu Lombok sama dengan waktu Malaysia jadi tak ada masalah untuk betoikan jam tangan. Nak ke Desa Senaru agak jauh sebenarnya. Sepatutnya tidur di Desa Sembalun tapi penginapan di Sembalun semua dah penuh, terpaksa lah menginap di Desa Senaru. Perjalanan mengambil route tepi laut, jadi akan lalu Pantai Senggigi. Kita juga boleh nampak Pulau Gili Trawangan. Singgah banyak tempat jugak la, makan tengahari, beli barang keperluan, solat, rehat-rehat tepi laut. Jauh benor la rasa Desa Senaru nie. Dapat pulak driver yang bawak slow, pehhh sabor je le. Sampai ke Homestay Desa Senaru pon sekitar maghrib lebih kurang 6 petang tapi macam pukul 7 malam kita. 8 malam berkumpul untuk dinner dan briefing dari guide, Madil.








24 Oktober 2014 – Jumaat
Lepas sarapan pagi lempeng pisang dan kopi Lombok, naik jeep gerak ke Desa Sembalun. Dekat 2 jam jugak lah nak menyampai ke sana. Belum apa-apa dah lenguh kaki dah nie hehehe. Selepas pendaftaran dan bayaran permit di pejabat Taman Negara Gunung Rinjani, kena naik jeep balik ke starting point. Start trekking pon dah agak lambat sebenarnya, dalam pukul 9 pagi. Matahari dah tegak atas kepala. Porter seingat aku ada 7 orang. Memang kagum dengan porter sana. Semua pakai selipar je.












Dari jauh dah nampak puncak Rinjani. Trek memang sangat lah open ala-ala Bukit Broga tapi lagi luas dan panjang, ala-ala savannah. Pokok still ada tapi tak banyak la. Awal-awal memang syok sebab mendatar je. Debu dah mula masuk hidung sebab kat Lombok ni dah 5-6 bulan tak hujan, sungai pon sampai kering lah. Tu yang trek dia berdebu-debu. Ada satu part kena masuk hutan jugak tapi tak lama mana pon, jadik lah jugak sebab at least dapat trekking tempat redup sekejap.

Masa berehat di Pos Satu, dapat berita mengejutkan dari geng belakang. Ngai patah balik sebab ada masalah kesihatan. Aduh masing-masing masa nie dah mengalir ayor mata sambil menangis teresak-esak sebab kecewa dan rasa tak syok lah sebab Ngai yang plan trip nie tapi dia awal-awal dah patah balik. Nak tak nak tetap kena teruskan. Bye Ngai. Berhenti rehat untuk makan tengahari di Pos Dua. Sementara menunggu porter memasak makan tengahari, kitorang bergumbira sambil bergelak ketawa membahan Colgate. Sekali ada pulak downhill pro rider 2 orang, laki dan pompuan dari France. Aku syak depa nie couple. Dan ada sorang filmmaker yang join depa untuk shoot video depa downhill tu. Yang lelaki tu siap juara dunia untuk race enduro. Hebat tak hebat lah kan. Depa downhill basikal dari puncak Rinjani. Memang awesome blossom betoi. Pak Abu yang jugak memang downhill rider sempat pinjam basikal depa nie dan tunjuk skill downhill. Terkejut jugak lah depa tu sebab skill Pak Abu pon sangat memberangsangkan sel-sel otak lalu berhubung.




Makan tengahari memang top. Siap berhantar lagi tu. Kita tunggu je depa datang hulur pinggan. Cuma terasa agak buang masa kat sini la. Dalam 3 jam jugak lah melazat-lazat kat Pos Dua nie. Kalau kat Malaysia nie biasanya makan tengahari memang tapau je sebab nak jimat masa. Perjalanan diteruskan ke Pos Tiga. Dari Pos Tiga barulah azab sebenar bermula. Kena lalu Bukit Penyesalan. Ada 7 bukit kesemuanya dan memang menyesal lah masa mendaki tu hahaha. Bukit terakhir sebelum sampai di campsite di Plawangan Sembalun yang paling mental tapi best sebab sebelah kiri kita dihidangkan dengan pemandangan permatang ke puncak Rinjani. Masa aku sampai di campsite masih ada saki baki cahaya siang. Khemah porter dah siap pasang, pakai khemah Lafuma lagi tu, impressed. Nampak Danau Segara Anak jauh di bawah, dok melepak depan khemah sambil melayan sunset. Kemudian sorang demi sorang sahabat-sahabat lain sampai. Lepas makan malam semua pon terus tido sebab nak kena bangun 1.30 am untuk summit attempt.





25 Oktober 2014 – Sabtu
Awal-awal pagi kitorang dikejutkan lagi dengan berita Colgate ambik keputusan untuk tidak turut serta ke puncak Rinjani atas masalah kesihatan. Jadi dari 11 orang orang yang memulakan perjalanan, tinggal 10 di pertengahan jalan, kini hanya 9 orang yang akan cuba ke puncak. Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya campsite kitorang nie hujung sekali. Memang panjang campsite di Plawangan Sembalun nie. Bila dah sampai hujung sekali, baru lah start mendaki. Ramai jugak pendaki dari group lain sebenarnya. Perjalanan ke puncak seperti yang dijangka, memang susah. Trek yang berbatu dan berpasir memang sangat menyusahkan tapi nak tak nak kena teruskan jugak. Rasa dah langkah banyak dah nie tapi menurun balik. Mengantuk satu hal. Sempat lah 2 kali aku stop tido tepi trek. Layan betol tido tepi trek dengan cuaca sejuk-sejuk gitu. 

 

Bila matahari dah start keluar, pemandangan pon dah mula nampak, fuhh masa nie memang terasa berbaloi menyusahkan diri sendiri. Nampak Danau Segara Anak jauh kat bawah, nampak pendaki-pendaki lain sama ada yang kat atas ataupon jauh di belakang, masyaAllah. Tengok gambar je tak cukup nak describe, kena tengok sendiri. Pendakian kitorang kali nie ada keistimewaan sebab ada frost terbentuk kat tepi-tepi lereng. Guide pon cakap dah lama tak ada frost kat Rinjani, Alhamdulillah rezeki tuhan nak bagi tengok.





Last pacak sebelum puncak lah yang paling mental. Anggaran kasar may be dalam 100 meter je kot tapi the longest 100 meter. Ramai jugak yang masih terkandas kat sini. Rata-rata semua pon dah agak mental, puncak dah depan mata tapi tak sampai-sampai. Akhirnya jam 8 pagi, Alhamdulillah aku berjaya sampai ke puncak Rinjani. View memang tak terkata cantiknya. Syukur Allah kurniakan aku kudrat dan semangat untuk aku melihat sendiri ciptaanNya yang maha agung. Sementara menunggu sahabat-sahabat yang lain sampai, layan blues dulu sambil tengok pemancangan indah depan mata dan sempat lah sambung tido sekejap. Nampak kat permatang sahabat-sahabat lain yang tengah mendaki. Masing-masing menjerit dari puncak bagi semangat. Kat atas puncak nie jugak lah terjumpa group sahabat pendaki Malaysia yang lain iaitu group Sham Castello. Tak sangka terjumpa kat puncak. Geng last sampai dalam pukul 10 pagi. Diorang sampai je bawak berita tak best lagi satu. Jimi berpatah balik ke campsite juga atas masalah kesihatan. Dari 11 orang yang datang, 8 orang orang je sampai puncak. Takpe, esok masih ada. Ada rezeki boleh datang lagi. 




Perjalanan turun ke campsite memang sekejap. Kalau mendaki tadi aku ambik masa dalam 5.5 jam, turun aku hanya ambik masa lebih kurang 1.5 jam sahaja. Trek berpasir dan berbatu memang menyukarkan kita untuk mendaki tapi kalau untuk menurun, memang macam main ski. Tapi batu dengan pasir memang senang masuk la dalam kasut. Layankan aje. Tak peduli dah. Bila sampai kat campsite, sarapan dah disediakan, lempeng pisang hehehe. Pukul 2 petang, gerak turun ke Danau Segara Anak. 

Trek ke Danau Segara Anak nie memang curam betol dan berbatu-batu. Total berubah terus bentuk muka buminya berbanding semalam. Tapi ada juga bahagian trek yang dah dibuat tangga jadi memudahkan perjalanan. On the way turun nie bertembung dengan group-group yang mula mendaki dari Desa Senaru. Selamatlah korang melayan pacak. Disebabkan musim kemarau, sepanjang trek nie banyak lah kawasan hutan yang telah terbakar. 5 petang, sampai di Danau Segara Anak. Dah banyak group lain kat sini. Kalau sebelum nie asyik nampak dari jauh je, akhirnya sampai jugak kat danau nie. Para porter dan guide dah mula memancing ikan untuk dibakar. 







Kat sini ada sumber mata air jadi air bukanlah satu masalah. Then kitorang pergi ke air terjun untuk mandi-manda. Yang bestnya air terjun nie ialah air terjun air panas. Memang rare!! Kolam dia pon takde lah panas sangat airnya, just nice. Puas hati betoi rasanya dapat mandi sebab dah 2 hari badan berdebu, mandi air panas pulak tu kan. Selepas makan malam, dok melepak beramai-ramai melayan bintang di langit. Tak terlalu sejuk kat sini, suasana pon nyaman je. Kalau kat Malaysia mana lah ada gunung yang kita buleh campsite di tepi tasik macam nie.








26 Oktober 2014 – Ahad
Pagi nie breakfast lempeng pisang lagi. Yahoo!! Plan asalnya malam ini akan bermalam di Plawangan Senaru tetapi disebabkan musim kemarau dan ketiadaan sumber air di atas, maka guide mencadangkan untuk tidur di Kem Dua. Tapi selepas berbincang sesama ahli kumpulan, kitorang decide kalau buleh keluar ke Desa Senaru hari nie, maka akan shoot keluar terus. Tapi decision akan dibuat di atas Plawangan Senaru sebab tak tau pukoi berapa nak sampai atas tu. Gerak meninggalkan danau selepas makan tengahari, pukul 10 pagi. Kalau semalam dari Plawangan Sembalun nak sampai ke sini kena turun lereng yang curam, kali ni nak mendaki ke Plawangan Senaru pon lebih kurang sama route dia. Tapi macam lagi bahaya. Ada satu part tu kalau tergelincir atau terlepas tangan memang jatuh ke gaung terus. Nauzubillah. 






Sampai di Plawangan Senaru tepat-tepat tengahari. Panas ya rabbi. Banyak monyet kat sini. After short meeting, kitorang decide untuk terus shoot keluar ke Desa Senaru sebab hari masih awal. OT pon OT lah janji keluar hari nie. Bagitau ngai yang tengah melazat-lazat kat homestay Desa Senaru, dan bagitau Guide Madil tentang keputusan kitorang. Seperti biasa, kalau dah set hari ni untuk keluar, masing-masing pasang turbo mode. Semua menonong je turun sebab nak cepat sampai keluar. Lagipon, hutan sebelah Senaru ni lebih kurang hutan Malaysia. Dah tak panas dan trekking bawah canopy hutan. Banyak jugak bertembung dengan group pendaki yang bermula dari Desa Senaru. Kitorang lunch di Pondok Dua. Kat sini jumpa dengan satu group besar muda-mudi Indonesia. Sempat jugak lah bertegur sapa dan bersembang. 

Perjalanan turun selepas lunch memang tak de apa yang menarik pon sebab kepala masing2 dah terbayang homestay. Alhamdulillah group belakang sampai di pintu gerbang senaru lebih kurang pukul 7 malam. Buleh pulak ada makcik jual air kat situ depan rumah dia, memang sesungguhnya nikmat minum air yang sedap adalah tak terkata di waktu itu. Tapi sebenarnya belum habis lagi. Kena trekking lagi lalu jalan kampong lebih kurang 1km. Tapi geng2 porter dah menunggu di pertengahan jalan dengan motor, maka berbondong-bondong lah kami menaiki motor beramai-ramai. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga di pejabat Taman Negara. Geng2 depan sampai sini masa matahari masih ada lagi. Kitorang berpakat-pakat share duit bagi tips kat porter-porter semua. Penghargaan atas kerja keras diorang. Then kitorang naik jeep ke homestay desa senaru. Ngai dah ada menanti kitorang kat sana. Alhamdulillah.





27 Oktober 2014 – Isnin
Group terbahagi dua. Aku akan ke Kota Mataram bersama Syam, Jimi, Pak Abu dan Dedey. Yang selebihnya ke Pulau Gili Trawangan.





28 Oktober 2014 – Selasa
Pulang ke Malaysia
Gunung Rinjani ialah gunung yang sangat cantik, tapi sangat kotor.
Terima kasih semua.







Friday 20 December 2013

Morib International Triathlon 2013





My first triathlon.
I will be doing full distance.
Wifey will be doing relay and she is the runner.
I don't care about the timing as long as I can completed the course, especially the swimming part.
Wish us luck.