Wednesday, 10 February 2016

Aku dan lagenda ikan toman



Masa tingkatan 1 dan 2, aku belajar dan tinggal di asrama Sek.Men.Sultan Idris Shah 2, Gerik, Perak. Kat sinilah aku kenal dengan kawan-kawan yang memang orang Gerik dan ada juga yang dari Kg Ganda Temengor. Dari diorang nie lah aku mula dengar cerita berkenaan ikan toman besar tong drum, kisah ikan toman makan anak orang asli, kisah ikan toman sambar askar yang tengah ambik wuduk, kisah ikan toman besar kayu balak timbul kat tengah empangan, macam-macam cerita yang aku dengar. Aku tak pasti sama ada cerita nie semua sekadar khabar angin ataupon betoi. Bermulalah kisah lagenda ikan toman yang sentiasa dok bermain dalam fikiran aku setiap kali nampak tasik besar especially tasik empangan.

Fast forward to 1995. Trip ke Gunung Ulu Sepat. Naik bot dari Jeti Trojen menuju ke Pos Kemar. Bot kena lalu Tasik Temengor. Dengan takde life jacket nya, bot pulak dok lalu celah-celah pucuk pokok yang timbul di permukaan air, ada pulak kawan aku selamba je letak tangan dalam air, aku sumpah tak senang duduk sebab dok teringatkan ikan toman besar tong drum dan besar kayu balak kat dalam tasik tu. Terbayangkan bot buleh terbalik bila-bila masa lepas dan tu toman datang serang ala-ala ikan jerung hahaha. Punyalah takut aku dengan ikan toman waktu tu. Tapi alhamdulillah tak de apa pon.

Pada cuti Hari Wilayah yang lepas, aku dan kawan-kawan berkayak di tasik yang aku dok takut selama nie menuju ke Sungai Papan, Royal Belum. Perasaan takut kat ikan toman besar tong drum tu dah lama hilang. Tapi aku percaya memang wujud ikan toman sebesar tu, tak mustahil langsung. Cuma takpe lah aku tak de rasa nak terserempak pon. Aku rasa seram tengok ikan besar-besar nie terutama ikan sungai. Ye lah aku pon bukannya pemancing. Lagipon kita tak payahlah takut sangat dengan perkara yang kita tak tau hujung pangkal dan kebenarannya. Dalam dok pernah takut kat ikan toman, pertama kali jugak aku makan ikan toman huhu. Kawan aku dapat pancing. Sedap weh. Padan muka ko toman!!

Akhir kata, melanconglah juga di dalam negara sendiri.


P/S : Gambar sekadar hiasan. Itu bukan ikan toman. Tu gambar bajet kiut bila buat tanda peace.


Terima kasih sebab sudi membaca.


Bett

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete