Tuesday 6 April 2010

Isnin - 5 April 2010

Hari nie bini aku ke arab saudi buat kali kedua.
1st time pegi tahun 2007 dulu takde anak lagi.
Tapi pergi kali nie kitorang dah ada Hannah Maryam.

Aku mmg sedih dan terasa kehilangan dia sebab kebelakangan nie hubungan aku dengan bini aku mmg agak rapat dan mesra gila.
Dah lama kitorang tak macam nie lepas satu kes hitam yang berlaku disebabkan kebodohan aku.

Tadi kat airport buleh bergenang jugak lah air mata aku...
Satu keadaan yang tak aku alami masa dia 1st time nak pergi.

Masa 1st time dia nak pergi dulu aku akui mmg ada rasa teruja dan seronok sebab nak kembali bujang tapi kali nie dah takde perasaan tu sebab dulu aku ditinggalkan keseorangan, tapi kali nie aku ditinggalkan berdua.

Me and Hannah Maryam.

Buat masa nie Hannah akan tinggal dengan mak mentua aku dulu tapi aku akan jenguk dia kalau buleh setiap hari.

Jam skang 2.10 pagi. Mija dijangka sampai untuk transit ke Dammam di Abu Dhabi pukoi 2 pagi sini. Tengah tunggu dia call nie. Aku dah pesan sampai Abu Dhabi call tak kira pukoi berapa pon.

Miss her already...

1 comment:

  1. Salam, Bett. Sayu pula bila baca catatan ini. Sememangnya kita harus belajar daripada kesilapan lalu (walaupun aku tak tahu apa silap yang sudah berlaku, selagi ia bernama kesilapan janganlah ia diulangi). Apa pun, harus kita akui, kesilapan itu yang lebih merapatkan hubungan, kan kan kan? Aku doakan semoga kebahagiaan kalian berkekalan. Semoga jauh di mata, sentiasa dekat di hati. Semoga rumah tangga yang terbina sentiada dilindungi, dirahmati dan diberkati Ilahi. Amin.

    ReplyDelete