Tuesday 11 November 2014

Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia - Okt 2014


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah akan kamu dustakan?
-surah ar-rahman-
Gunung Rinjani : 3726 meter

Bersama geng-geng Sembang Bawah Fly ke Gunung Rinjani.
1. Kuzi Arnab Berempah
2. Fadzli Bin Bakri
3. Jimi Hero
4. Cham Choon
5. Jenal Othman
6. Haidar Zaini
7. En Idan - Adik
8. Arif Bin Azmi
9. Bunyamin Butang
10. Hidayah Ishak
11. Zul Hilmi Hamdun


Aku tak pernah terfikir pon akan mendaki di luar negara walaupon hanya di Indonesia. Tapi semakin lama bila umur dah makin meningkat nie, trip gunung kat Malaysia pon dah kurang pergi, maka teringin jugak nak merasa kelainan mendaki di tempat lain, iklim yang lain, bentuk muka bumi yang berbeza. Jadi bila dok sembang-sembang kosong dalam whatsapp grup Sembang Bawah Fly, ramai pulak nak pergi rinjani. Maka ngai bertindak selaku organiser dan mula mengumpul info. Sebaik sahaja tarikh dah confirm, pencarian tiket pon bermula. Nasib baik Air Asia sekarang nie terbang ke Lombok. Dulu kalau nak ke Rinjani terpaksa mendarat di Bali dan menaiki bot ke Lombok. Mula-mula ada 16 orang yang akan pergi, tapi bila dah makin hampir ke tarikh trip, 5 orang terpaksa menarik diri.


Abe Zaidi
Effa Basri
Peja Ghazali
Azlishah
Ruzaimy Sany
Maka tinggal 11 orang sahaja.


23 Oktober 2014 – Khamis
Flight pagi ke Lombok. Haidar ke Lombok dari Bali menaiki bot. Adik Idan dan Arip pulak naik flight dari JB. Tempat berkumpul di Airport Bandar Udara (Bandara). Sampai di airport, perkara pertama yang dicari ialah sim kad Indonesia. Senang nak update keluarga di Malaysia lah kononnya padahal nak upload gambar kat facebook. Waktu Lombok sama dengan waktu Malaysia jadi tak ada masalah untuk betoikan jam tangan. Nak ke Desa Senaru agak jauh sebenarnya. Sepatutnya tidur di Desa Sembalun tapi penginapan di Sembalun semua dah penuh, terpaksa lah menginap di Desa Senaru. Perjalanan mengambil route tepi laut, jadi akan lalu Pantai Senggigi. Kita juga boleh nampak Pulau Gili Trawangan. Singgah banyak tempat jugak la, makan tengahari, beli barang keperluan, solat, rehat-rehat tepi laut. Jauh benor la rasa Desa Senaru nie. Dapat pulak driver yang bawak slow, pehhh sabor je le. Sampai ke Homestay Desa Senaru pon sekitar maghrib lebih kurang 6 petang tapi macam pukul 7 malam kita. 8 malam berkumpul untuk dinner dan briefing dari guide, Madil.








24 Oktober 2014 – Jumaat
Lepas sarapan pagi lempeng pisang dan kopi Lombok, naik jeep gerak ke Desa Sembalun. Dekat 2 jam jugak lah nak menyampai ke sana. Belum apa-apa dah lenguh kaki dah nie hehehe. Selepas pendaftaran dan bayaran permit di pejabat Taman Negara Gunung Rinjani, kena naik jeep balik ke starting point. Start trekking pon dah agak lambat sebenarnya, dalam pukul 9 pagi. Matahari dah tegak atas kepala. Porter seingat aku ada 7 orang. Memang kagum dengan porter sana. Semua pakai selipar je.












Dari jauh dah nampak puncak Rinjani. Trek memang sangat lah open ala-ala Bukit Broga tapi lagi luas dan panjang, ala-ala savannah. Pokok still ada tapi tak banyak la. Awal-awal memang syok sebab mendatar je. Debu dah mula masuk hidung sebab kat Lombok ni dah 5-6 bulan tak hujan, sungai pon sampai kering lah. Tu yang trek dia berdebu-debu. Ada satu part kena masuk hutan jugak tapi tak lama mana pon, jadik lah jugak sebab at least dapat trekking tempat redup sekejap.

Masa berehat di Pos Satu, dapat berita mengejutkan dari geng belakang. Ngai patah balik sebab ada masalah kesihatan. Aduh masing-masing masa nie dah mengalir ayor mata sambil menangis teresak-esak sebab kecewa dan rasa tak syok lah sebab Ngai yang plan trip nie tapi dia awal-awal dah patah balik. Nak tak nak tetap kena teruskan. Bye Ngai. Berhenti rehat untuk makan tengahari di Pos Dua. Sementara menunggu porter memasak makan tengahari, kitorang bergumbira sambil bergelak ketawa membahan Colgate. Sekali ada pulak downhill pro rider 2 orang, laki dan pompuan dari France. Aku syak depa nie couple. Dan ada sorang filmmaker yang join depa untuk shoot video depa downhill tu. Yang lelaki tu siap juara dunia untuk race enduro. Hebat tak hebat lah kan. Depa downhill basikal dari puncak Rinjani. Memang awesome blossom betoi. Pak Abu yang jugak memang downhill rider sempat pinjam basikal depa nie dan tunjuk skill downhill. Terkejut jugak lah depa tu sebab skill Pak Abu pon sangat memberangsangkan sel-sel otak lalu berhubung.




Makan tengahari memang top. Siap berhantar lagi tu. Kita tunggu je depa datang hulur pinggan. Cuma terasa agak buang masa kat sini la. Dalam 3 jam jugak lah melazat-lazat kat Pos Dua nie. Kalau kat Malaysia nie biasanya makan tengahari memang tapau je sebab nak jimat masa. Perjalanan diteruskan ke Pos Tiga. Dari Pos Tiga barulah azab sebenar bermula. Kena lalu Bukit Penyesalan. Ada 7 bukit kesemuanya dan memang menyesal lah masa mendaki tu hahaha. Bukit terakhir sebelum sampai di campsite di Plawangan Sembalun yang paling mental tapi best sebab sebelah kiri kita dihidangkan dengan pemandangan permatang ke puncak Rinjani. Masa aku sampai di campsite masih ada saki baki cahaya siang. Khemah porter dah siap pasang, pakai khemah Lafuma lagi tu, impressed. Nampak Danau Segara Anak jauh di bawah, dok melepak depan khemah sambil melayan sunset. Kemudian sorang demi sorang sahabat-sahabat lain sampai. Lepas makan malam semua pon terus tido sebab nak kena bangun 1.30 am untuk summit attempt.





25 Oktober 2014 – Sabtu
Awal-awal pagi kitorang dikejutkan lagi dengan berita Colgate ambik keputusan untuk tidak turut serta ke puncak Rinjani atas masalah kesihatan. Jadi dari 11 orang orang yang memulakan perjalanan, tinggal 10 di pertengahan jalan, kini hanya 9 orang yang akan cuba ke puncak. Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya campsite kitorang nie hujung sekali. Memang panjang campsite di Plawangan Sembalun nie. Bila dah sampai hujung sekali, baru lah start mendaki. Ramai jugak pendaki dari group lain sebenarnya. Perjalanan ke puncak seperti yang dijangka, memang susah. Trek yang berbatu dan berpasir memang sangat menyusahkan tapi nak tak nak kena teruskan jugak. Rasa dah langkah banyak dah nie tapi menurun balik. Mengantuk satu hal. Sempat lah 2 kali aku stop tido tepi trek. Layan betol tido tepi trek dengan cuaca sejuk-sejuk gitu. 

 

Bila matahari dah start keluar, pemandangan pon dah mula nampak, fuhh masa nie memang terasa berbaloi menyusahkan diri sendiri. Nampak Danau Segara Anak jauh kat bawah, nampak pendaki-pendaki lain sama ada yang kat atas ataupon jauh di belakang, masyaAllah. Tengok gambar je tak cukup nak describe, kena tengok sendiri. Pendakian kitorang kali nie ada keistimewaan sebab ada frost terbentuk kat tepi-tepi lereng. Guide pon cakap dah lama tak ada frost kat Rinjani, Alhamdulillah rezeki tuhan nak bagi tengok.





Last pacak sebelum puncak lah yang paling mental. Anggaran kasar may be dalam 100 meter je kot tapi the longest 100 meter. Ramai jugak yang masih terkandas kat sini. Rata-rata semua pon dah agak mental, puncak dah depan mata tapi tak sampai-sampai. Akhirnya jam 8 pagi, Alhamdulillah aku berjaya sampai ke puncak Rinjani. View memang tak terkata cantiknya. Syukur Allah kurniakan aku kudrat dan semangat untuk aku melihat sendiri ciptaanNya yang maha agung. Sementara menunggu sahabat-sahabat yang lain sampai, layan blues dulu sambil tengok pemancangan indah depan mata dan sempat lah sambung tido sekejap. Nampak kat permatang sahabat-sahabat lain yang tengah mendaki. Masing-masing menjerit dari puncak bagi semangat. Kat atas puncak nie jugak lah terjumpa group sahabat pendaki Malaysia yang lain iaitu group Sham Castello. Tak sangka terjumpa kat puncak. Geng last sampai dalam pukul 10 pagi. Diorang sampai je bawak berita tak best lagi satu. Jimi berpatah balik ke campsite juga atas masalah kesihatan. Dari 11 orang yang datang, 8 orang orang je sampai puncak. Takpe, esok masih ada. Ada rezeki boleh datang lagi. 




Perjalanan turun ke campsite memang sekejap. Kalau mendaki tadi aku ambik masa dalam 5.5 jam, turun aku hanya ambik masa lebih kurang 1.5 jam sahaja. Trek berpasir dan berbatu memang menyukarkan kita untuk mendaki tapi kalau untuk menurun, memang macam main ski. Tapi batu dengan pasir memang senang masuk la dalam kasut. Layankan aje. Tak peduli dah. Bila sampai kat campsite, sarapan dah disediakan, lempeng pisang hehehe. Pukul 2 petang, gerak turun ke Danau Segara Anak. 

Trek ke Danau Segara Anak nie memang curam betol dan berbatu-batu. Total berubah terus bentuk muka buminya berbanding semalam. Tapi ada juga bahagian trek yang dah dibuat tangga jadi memudahkan perjalanan. On the way turun nie bertembung dengan group-group yang mula mendaki dari Desa Senaru. Selamatlah korang melayan pacak. Disebabkan musim kemarau, sepanjang trek nie banyak lah kawasan hutan yang telah terbakar. 5 petang, sampai di Danau Segara Anak. Dah banyak group lain kat sini. Kalau sebelum nie asyik nampak dari jauh je, akhirnya sampai jugak kat danau nie. Para porter dan guide dah mula memancing ikan untuk dibakar. 







Kat sini ada sumber mata air jadi air bukanlah satu masalah. Then kitorang pergi ke air terjun untuk mandi-manda. Yang bestnya air terjun nie ialah air terjun air panas. Memang rare!! Kolam dia pon takde lah panas sangat airnya, just nice. Puas hati betoi rasanya dapat mandi sebab dah 2 hari badan berdebu, mandi air panas pulak tu kan. Selepas makan malam, dok melepak beramai-ramai melayan bintang di langit. Tak terlalu sejuk kat sini, suasana pon nyaman je. Kalau kat Malaysia mana lah ada gunung yang kita buleh campsite di tepi tasik macam nie.








26 Oktober 2014 – Ahad
Pagi nie breakfast lempeng pisang lagi. Yahoo!! Plan asalnya malam ini akan bermalam di Plawangan Senaru tetapi disebabkan musim kemarau dan ketiadaan sumber air di atas, maka guide mencadangkan untuk tidur di Kem Dua. Tapi selepas berbincang sesama ahli kumpulan, kitorang decide kalau buleh keluar ke Desa Senaru hari nie, maka akan shoot keluar terus. Tapi decision akan dibuat di atas Plawangan Senaru sebab tak tau pukoi berapa nak sampai atas tu. Gerak meninggalkan danau selepas makan tengahari, pukul 10 pagi. Kalau semalam dari Plawangan Sembalun nak sampai ke sini kena turun lereng yang curam, kali ni nak mendaki ke Plawangan Senaru pon lebih kurang sama route dia. Tapi macam lagi bahaya. Ada satu part tu kalau tergelincir atau terlepas tangan memang jatuh ke gaung terus. Nauzubillah. 






Sampai di Plawangan Senaru tepat-tepat tengahari. Panas ya rabbi. Banyak monyet kat sini. After short meeting, kitorang decide untuk terus shoot keluar ke Desa Senaru sebab hari masih awal. OT pon OT lah janji keluar hari nie. Bagitau ngai yang tengah melazat-lazat kat homestay Desa Senaru, dan bagitau Guide Madil tentang keputusan kitorang. Seperti biasa, kalau dah set hari ni untuk keluar, masing-masing pasang turbo mode. Semua menonong je turun sebab nak cepat sampai keluar. Lagipon, hutan sebelah Senaru ni lebih kurang hutan Malaysia. Dah tak panas dan trekking bawah canopy hutan. Banyak jugak bertembung dengan group pendaki yang bermula dari Desa Senaru. Kitorang lunch di Pondok Dua. Kat sini jumpa dengan satu group besar muda-mudi Indonesia. Sempat jugak lah bertegur sapa dan bersembang. 

Perjalanan turun selepas lunch memang tak de apa yang menarik pon sebab kepala masing2 dah terbayang homestay. Alhamdulillah group belakang sampai di pintu gerbang senaru lebih kurang pukul 7 malam. Buleh pulak ada makcik jual air kat situ depan rumah dia, memang sesungguhnya nikmat minum air yang sedap adalah tak terkata di waktu itu. Tapi sebenarnya belum habis lagi. Kena trekking lagi lalu jalan kampong lebih kurang 1km. Tapi geng2 porter dah menunggu di pertengahan jalan dengan motor, maka berbondong-bondong lah kami menaiki motor beramai-ramai. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga di pejabat Taman Negara. Geng2 depan sampai sini masa matahari masih ada lagi. Kitorang berpakat-pakat share duit bagi tips kat porter-porter semua. Penghargaan atas kerja keras diorang. Then kitorang naik jeep ke homestay desa senaru. Ngai dah ada menanti kitorang kat sana. Alhamdulillah.





27 Oktober 2014 – Isnin
Group terbahagi dua. Aku akan ke Kota Mataram bersama Syam, Jimi, Pak Abu dan Dedey. Yang selebihnya ke Pulau Gili Trawangan.





28 Oktober 2014 – Selasa
Pulang ke Malaysia
Gunung Rinjani ialah gunung yang sangat cantik, tapi sangat kotor.
Terima kasih semua.







2 comments:

  1. Hi im madil, this is my website that anyone can contact me for trekking to Mount Rinjani: www.rinjaniexpedition.net

    Madil

    ReplyDelete
  2. Petualangan yang menarik, gunung rinjani memang indah.

    HaLoMi Trekker

    ReplyDelete