Thursday 20 August 2009

Kisah pergi cabut gigi di Klinik Nurul

Semalam bersamaan Rabu 19 Ogos 2009, aku pergi cabut gigi kat Klinik Pergigian Nurul, Bandar Puteri Puchong. Sebenarnya lebih kepada pembedahan kecik sebab gigi geraham bongsu sebelah kanan belah bawah kat dalam mulut aku nie tumbuh secara melintang.

Dah lama dah sebenarnya tapi aku je yang melakukan pengabaian terlampau. Gigi tuh sampai dah rosak dan berlubang, bau dia pulak pehhhh. Kalau nak tangkap ikan tuh aku hanya ngangakan aje mulut aku dalam sungai nescaya semua ikan mati.

Mintak maap la kepada sesiapa yang selama nie sengsara dengan mulut busuk aku.

Masuk-masuk dalam bilik rawatan tuh aku pon duduk. Takkan nak cabut gigi sambil berdiri pulak. Klinik Nurul nie sebab tuan punya dia pompuan, jadik semua doktor yang bertugas kat sini dia panggil suku sakat dia masa jaman-jaman dia study kat UM dulu. Semua pon pompuan.

Doktor aku kali nie nama dia Rasyikin. Aku tau sebab aku nampak name tag dia. Aku pon tak sure sama ada dia nie cun atau tidak sebab aku masuk-masuk je dia dah pakai mask tuh. Tak pasti sama ada untuk mengelakkan jangkitan H1N1 ataupun sebab tak tahan dengan bau busuk mulut aku nie.

Dia pon godek-godek gigi aku dan acara pon bermula. 3 kali dia cucuk ubat kebas. Aku bab cucuk ubat kebas nie yang paling tak gemor... aku pejam mata je start-start dari cucuk ubat kebas tuh... tak sanggup rasanya nak tengok jarum besar yang bakal masuk ke dalam mulut aku... malek noor pon takut macam tuh... Then doktor tuh suruh aku rilek dulu bagi ubat kebas tuh berkesan.

15 minit kemudian, acara yang kedua pon bermula. Dia dah start dah godek-godek lagi. Awal-awal tadi doktor dah bagitau yang aku kena operate so aku ternampak doktor tuh pegang pisau nak belah. Adoi la saiko tol. Maka bermulalah saat-saat untuk memejamkan mata.

Pejam punya pejam punya pejam (nasib baik aku tak tertido), dok layan doktor tuh bercakap dengan nurse dia.

"Apsal susah sangat nie, kat mana pulak yang tersangkut. Nak kena gergaji sikit nie. Mintak chainsaw tuh"

Adoi lah doktor lenkali guna je lah bahasa isyarat ataupon bercakap dalam bahasa Nepal, konporm aku tak paham. Nie aku dah tau apa doktor nak buat, bertambah ngeri aku.

Yang aku tau aku dengar bunyi gergaji tuh tengah mengerat gigi aku sebab nak bagi mudah kan keluar. Then dia cuba lagi nak tarik, masih tak lepas. Gergaji lagi. Mengikut perkiraan aku, ada lah 12 kali gergaji tuh masuk dalam mulut aku.

Akhirnya selepas hampir sejam kat dalam tuh, gigi aku berjaya dikeluarkan. Lega betoi aku.

"Lepas nie saya nak jahit pulak"

5 comments:

  1. Hie..

    Actually, i tengah mencari dentist di sekitar puchong sbb stay dkt situ.. Search punya search, nampak blog u nie.. Pengalaman u nie lbh kpd kelakar.. Hehehe.. Apa2 pun, ok tak service klinik Nurul nie? Hows the doc?

    ReplyDelete
  2. hi... mmg terbaek kat sini. recommended.
    klinik nurul nie kat bandar puteri. sederet dgn bank rakyat.

    ReplyDelete
  3. funny laa your story....terhibur la juge dlm sedang mencari info pasal klinik gg nurul ni..mlm td kebetulan makan di kedai ayam penyet bawah klinik ni. sempat gak catit no. fone klinik tu nak call buat appointment.

    ReplyDelete
  4. yupp! funny...ehehehehe. thankss! pun tengah cari info nih hehe

    ReplyDelete
  5. klinik nie skrg dah ada website www.nuruldental.com

    ReplyDelete